TARIAN ALAI BUBU (SAYAU SALIHID) DAN MITOSNYA ; SUATU PERSOALAN
Tarian Alai Bubu (Sayau Salihid) adalah merupakan sebuah tarian yang berkonsepkan bubu ikan dengan menggunakan bubu/lukah (yang direndam/tenggelamkan di dalam air sungai atau air laut untuk menangkap ikan). Tarian ini ditarikan oleh 6 orang penari, 4 orang pengalai, 4 orang pemuzik dan 2 orang penyanyi (tukang karut). Menurut informen, En Karim, Kisah disebalik tarian ini adalah sebuah mitos pada zaman nenek moyang suku kaum Bisaya yang terdahulu. Beliau merupakan salah seorang penggiat seni tari bubu mengalai di daerah beaufort sehingga kini.
IYA BAMBAN IYA LUKAH
UTAK BAMBAN IBA SARI,
MAIN DENGAN SIPAR MUDA,
SILUKAH PANDAI MENARI.
Namun, amalan-amalan yang menggunakan kaedah ilmu hitam atau black magic tidak wujud lagi hingga ke hari ini kerana telah diharamkan oleh pihak Jabatan Agama Islam. Tambahan pula pada zaman 80-an semasa En. Karim mula mempopularkan seni tari ini, amalan jampi serapah sudah tidak ada lagi. Hanya orang-orang tua sahaja yang masih mengamalkannya. Masyarakat bisaya Beaufort sudah menerima Islam secara sukarela sebagai agama anutan. Sekarang mantera ini boleh dinyanyikan dengan syarat tidak menggunakan jampi serapah hanya untuk persembahan nyanyian tarian sahaja seperti ada sebuah kisah pada masa yang sama di mana ada sekumpulan anak-anak muda sedang bermain alat-alat kulintangan di tepi pantai dan mereka menyanyikan lagu mantera seperti di atas, tiba-tiba mereka melihat ada susuk lembaga seperti seorang wanita sedang melenggang lenggok lemah gemalai menari mengikut alunan kulintangan tersebut. Semakin lama semakin lembaga itu menghampiri tepian pantai sehingga membuat anak-anak muda tadi lari lintang pukang ketakutan melihat lembaga tersebut. Sebenarnya, lembaga yang dimaksudkan itu ialah bubu/lukah yang menjelma seperti kelibat seorang perempuan. Ramai penduduk kampung pada masa itu melihat fenomena yang terjadi di kampung mereka. Cerita ini merupakan sebuah mitos kisah orang-orang tua suku kaum Bisaya pada masa dahulu kala
No comments:
Post a Comment